Loading...

Nota Untuk Pembaca

Nota Buat Pembaca

  1. Jumlah 100 soal jawab agama dalam tajuk buku ini hanyalah satu jumlah pembulatan dan bukan satu kesilapan kerana jumlah sebenar soal jawab dalam buku ini sebenarnya melebihi dari 100.
  2. Isi buku ini mengumpulkan jawapan bagi kemusykilan agama oleh kami berdua – Mustazah Bahari dan Muhammad Haniff Hassan. Sebahagian daripadanya adalah kemusykilan agama yang kami kendalikan bagi pihak dan untuk terbitan BH/BM. Sebahagian yang lain adalah jawapan yang kami berikan bagi kemusykilan yang kami terima secara peribadi dalam kapasiti peribadi kami sebagai ustaz.
  3. Setiap kemusykilan dijawab oleh kami secara individu dan bukan bersama. Kami menandakan MHH bagi Muhammad Haniff Hassan dan MB bagi Mustazah Bahari bagi menandakan jawapan masing-masing di awal tajuk setiap kemusykilan.
  4. Oleh sebab jawapan bagi setiap kemusykilan adalah usaha individu, maka perlu kami tegaskan di sini bahawa setiap jawapan hanyalah mewakili individu yang menjawab kemusykilan berkenaan sahaja. Oleh itu juga, apa jua persoalan atau kontroversi yang timbul daripadanya hendaklah dirujuk dan terbeban ke atas individu berkenaan sahaja. Kami memutuskan bahawa ini adalah cara yang realistik mencapai tujuan penerbitan bersama ini supaya keaslian idea daripada setiap jawapan yang diberikan terpelihara dan tidak terganggu disebabkan perbezaan pendapat yang ada pada isi atau pendekatan dalam menangani setiap isu. Kami tidak mempunyai masalah untuk berlapang dada dalam soal perbezaan pendapat antara kami berkaitan isu-isu yang dibentangkan. Kami harapkan juga para pembaca mempunyai keterbukaan yang sama.

Previous

Next