“Menunaikan Janji”
Lembu diikat dengan tali dan manusia diikat dengan janji. Begitulah ungkapan pepatah Melayu dalam menunjukkan betapa pentingnya janji dalam kehidupan.
Sebagai manusia, mustahil untuk diikat dengan tali kerana kita punya akal, hati dan iman. Kita diikat dengan janji kerana pada akal lahirnya janji, pada hati janji diingati dan pada iman janji ditunaikan.
Ayuh kita amati MDT kali ini yang akan mengupas tentang topik berkenaan dengan perjanjian. Apakah pelajaran yang boleh diperolehi dari perkongsian ini?
Semoga kita semua perolehi manfaatnya insyaAllah.





