Loading...

Sikap terhadap golongan yang menolak kebenaran

SIKAP TERHADAP GOLONGAN YANG MENOLAK KEBENARAN

Karangan :
Ustaz Dr Muhammad Haniff Hassan
Research Fellow, S. Rajaratnam School of International Studies
Nanyang Technological University

“Kemudian Kami utuskan sesudah Nabi Nuh, beberapa orang Rasul kepada kaum masing-masing; lalu Rasul-rasul itu datang kepada kaum mereka dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata; dalam pada itu kaum mereka tetap juga tidak mahu beriman kepada apa yang mereka telah mendustakannya sebelum itu. Demikianlah, Kami meteraikan atas hati orang-orang yang melampaui batas.” (Yunus: 74)

Pelajaran

1. Ayat ini diturunkan mengenai dakwah Nabi Nuh a.s. dan para anbiya’ setelah beliau.

2. Ayat ini memberitahu akan hukum alam tentang dakwah para anbiya’ iaitu,
a) ia bukan jalan yang mudah kerana akan pasti hadapi tentangan dan cabaran, dan
b) tidak semua manusia akan terima Islam, kalau pun mereka tidak membencinya.
Hukum ini juga berlaku kepada para pendakwah sepanjang zaman.

3. Muslim hendaklah pelajari kisah para anbiya’ untuk mengetahui bagaimana hadapi cabaran ini kerana Allah taala tidak menceritakannya sebagai fakta sejarah semata-mata.

4. Ayat ini menyebut hujah yang jelas dahulu, sebelum iman. Ini memberi pengajaran akan kepentingan iman dibina atas ilmu dan hujah yang jelas, bukan dogma.

5. Mengukum seseorang atau satu kaum itu telah menolak kebenaran dan kufur secara pasti hanya datang setelah hujah yang jelas disampaikan dahulu. Dengan kata lain, seorang atau satu kaum tidak boleh dihukum telah tolak kebenaran dan kufur di sisi Allah taala sebelum dakwah yang betul dan telah sampai kepada mereka.

6. Ini juga bermakna pertanggungjawaban hanya berlaku apabila berlaku kufur, iaitu menolak kebenaran setelah sampai dakwah yang betul dan hukuman masuk neraka hanya berlaku setelah Allah yang menghukumkan seseorang itu sebagai kufur kerana hanya ilmu Allah sahaja yang pasti betul.

7. Menolak kebenaran akan menghalang hidayah dari Tuhan. Ertinya, hidayah Tuhan terhalang apabila manusia sendiri pilih kesesatan dahulu. Tuhan boleh memberi hidayah kepada sesiapa yang Dia mahu. Namun pada dasarnya, manusia perlu pilih kebenaran dahulu, setelah itu baru datang hidayah Tuhan.

7. Menolak kebenaran akan menghalang hidayah dari Tuhan. Ertinya, hidayah Tuhan terhalang apabila manusia sendiri pilih kesesatan dahulu. Tuhan boleh memberi hidayah kepada sesiapa yang Dia mahu. Namun pada dasarnya, manusia perlu pilih kebenaran dahulu, setelah itu baru datang hidayah Tuhan.

Untuk rujukan gambaran, sila klik di sini : https://tinyurl.com/mimbardarultafsir5