Soalan
Saya ibu tunggal dan bekerja.
Saya hendak tuntuk hak nafkah bagi lima anak saya daripada dua bekas suami saya.
Kedua-dua bekas suami saya telah gagal menunaikan kewajipan nafkah kepada anak-anak mereka yang berada di bawah jagaan saya.
Jawapan
(Oleh Ustaz Haniff Hassan)
Perceraian tidak memutuskan hubungan anak-anak dan ibu bapa merekatidak kira siapa yang mendapat hak jagaan.
Oleh itu, kedua-dua ibu bapa tetap berkewajipan menunaikan tang-gungjawab kepada anak-anak seperti pendidikan, nafkah dan jagaan,walaupun setelah sah perceraian.
Oleh kerana tanggungjawab memberi nafkah pada anak terletak padabahu bapa, maka setiap satu bekas suami anda sepatutnya memberi nafkahpada anak-anak mereka pada kadar kemampuan masing-masing selamamana anak-anak itu masih pada umur dan keadaan yang mewajibkanmereka memberi nafkah.
Al-Quran ada membicarakan mengenai kewajipan suami yang telahmenceraikan isteri memberi nafkah kepada anak-anaknya dalam surahAl-Baqarah, ayat ke 233 dan surah At-Talaq, ayat ke 6-7.
Dalam konteks Singapura, bekas isteri yang berhadapan denganmasalah bekas suami yang gagal menunaikan kewajipan nafkah kepadaanak-anak boleh membuat aduan ke Mahkamah Keluarga untuk men-dapatkan perintah nafkah.
Jika sebelum ini tiada perintah memberi nafkah bagi anak-anak andadari Mahkamah Keluarga, anda bolehlah pergi ke sana untuk mendapatkanperintah berkenaan.
Setelah mendengar aduan dan didapati benar, Mahkamah Keluargaakan membuat perintah nafkah ke atas bekas suami anda.
Perintah ini mengandungi jumlah yang perlu diberi setiap bulankepada setiap orang anak.
Jika sebelum ini telah ada perintah untuk nafkah anak dari MahkamahKeluarga, kes ini dikategori sebagai kes gagal melaksanakan perintahmahkamah.
Anda boleh membuat aduan di Mahkamah Keluarga untuk tujuanpenguatkuasaan.
Mahkamah Keluarga akan mendengar aduan anda dan akan membuatperintah penguatkuasaan, jika aduan berkenaan didapati benar.
Jika Mahkamah Keluarga sebelum ini telah membuat perintah nafkahanak-anak tetapi anda dapati kadar nafkah yang diperintahkan dahulutelah tidak memadai untuk memenuhi keperluan anak-anak anda keranatelah berlaku perubahan keadaan yang besar pada mereka seperti kosperbelanjaan mereka semakin membesar kerana meningkat dewasa atauditimpa sakit yang memerlukan perbelanjaan besar, anda boleh membuatpermohonan untuk mengubah perintah dahulu dengan perintah baru bagikadar nafkah anak lebih tinggi di Mahkamah Keluarga.
Jika tuntutan dibenarkan tapi bekas suami anda gagal menunaikannya,anda boleh adu ke Mahkamah Keluarga untuk tujuan penguatkuasaansebagaimana dinyatakan di atas.
Anda boleh langsung ke Mahkamah Keluarga untuk mendaftarkanaduan atau tuntutan anda.
Namun, pada pendapat saya, sebaiknya anda mendapatkan khidmatguaman.
Peguam akan dapat membantu anda memberi nasihat lebih terperinci,memudahkan urusan dan menguatkan hujah bagi pihak anda.
Jika anda tidak berkemampuan untuk membiayai kos guaman, andaboleh dapatkan bantuan dari,
Biro Bantuan Guaman (Legal Aid Bureau) di bawah KementerianUndang-undang.66
Khidmat Guaman Percuma (Pro Bono Service) oleh PersatuanUndang-undang Singapura.67
Nota: Segala apa yang dinyatakan di atas juga relevan bagi kes isteriyang masih dalam perkahwinan dan berhadapan dengan masalah suamiyang gagal memberi nafkah untuk anak-anak.
*Berita Minggu, 28 Jun 2013.