Soalan
Apakah yang patut dibuat dengan uri dan tali pusat bayi yang dilahir-kan?
Jawapan
(Oleh Ustaz Haniff Hassan)
Ulama berpendapat sebaiknya, bukan wajib, tali pusat dan uri yang keluardari perut ibu ketika melahirkan bayi ditanam kerana ia dianggap sebagai sebahagian dari anggota tubuh manusia yang patut dihormati, iaitu dengan ditanam, bukan main dibuang sahaja.
Kalau hidup di kampung atau hidup di rumah banglo besar yang ada halaman belakang, ia memang mudah dilakukan.
Tapi kalau hidup di bandar seperti Singapura pastinya akan timbul isu di mana boleh ditanam?
Oleh itu, dalam konteks hari ini, berikut adalah cadangan saya:
a. Dermakan tali pusat dan uri itu kepada blood cord bank diSingapura atau di mana-mana hospital yg memerlukannya untuk tujuan KAJIAN, bukan diberikan, kemudian digunakan untuk tujuan komersial.
b. Di tempat yang tidak memerlukan pendermaan tali pusat dan uri, boleh diserahkan kepada hospital untuk dihapuskan. Kalau bimbang hospital akan mengitar benda itu untuk dijual untuk tujuan komersial i.e. pembuatan komestik, maka ambillah untuk menghapuskannya dengan membuangnya di tong sampah. Janganlah dibuang di merata tempat seperti di laut atau tanam di tempat awam kerana ia adalah salah di sisi undang-undang dan menyebabkan pencemaran alam.